skmelayuraya.zoom-a.com


SEKOLAH KEBANGSAAN MELAYU RAYA
85000 SEGAMAT, JOHOR, MALAYSIA
Tel/Fax: 07-9435198
e-mel : skmelayuraya@zoom-a.com
PPDHL Ranking System For Malaysia School's Sites and PortalsRanking Web PendidikanEducation Topsites ListFree Ranking System For Malaysian School's Sites and Portals
kemaskini: 10.5.2009 11:06 PM




skmelayuraya
pengenalan
pautan
banksoalan
info
upsr
panorama
panduan
pelawat
sukan
waktusolat
e-gerakguru
foto
----------------------

JAWATANKUASA PUSAT SUMBER SEKOLAH

 

Pengerusi : Pn. Hjh. Napsiah Binti Tahir

 (Guru Besar)

N. Pengerusi : Pn. Hjh. Zaleha Binti Arifin

 (Guru Penolong Kanan 1)

Setiausaha : En. Johari Bin Marsan

 (Guru Media) 

AJK : Pn. Salamia Binti Amat

 (Guru Penolong Kanan HEM)

 : Puan Habsah Binti Husin

 (Guru Penolong Kanan Koko)

 : Pn. Nor Saliza Binti Zakaria

 (Penyelaras Bilik ABM)

  : En. Rosli Bin Marjin

 (Penyelaras Bilik Tayang)

 : Pn. Hjh. Hapipah Binti Budi

 (Penyelaras Program NILAM)

 : Semua Guru Panatia

 

Bidang Tugas :

1. Guru penyelaras yang bertanggungjawab untuk menyelia, menyelaras dan menyediakan laporan PSS.

 

2. Melaporkan perkembangan PSS kepada jawatankuasa PSS.

 

3. Mengesyorkan perkembangan terbaru rancangan PSS.

 

4. Menyelaraskan dengan guru perpustakaan :

§ Memberi pinjaman buku kepada murid.

§ Menerima dan memproses buku baru.

· Mengurus stok perpustakaan dan hapus kira.

· Mengurus projek bacaan.

· Membaikpulih buku.

 

 

 

 

5. Menyelaraskan dengan Guru Media / APD.

· Mengurus dan menyelaraskan jadual waktu.

· Membuat lapooran dan penyeliaan.

· Penggambaran, pendokument asian dan pengkaryaan.

· Pengurusan stok.

· Menguruskan pinjaman alat mengajar.

o Menyemak dari semasa ke semasa buku rekod penggunaan alat 

o mengajar/carta/radio dan TV Pendidikan.

 

6. Menubuhkan Jawatankuasa Pondok Sumber / Sumber Luar.

 

7. Bertanggungjawab dalam mengemaskinikan rekod penyimpanan, pengedaran bahan-bahan PSS dalam buku stok yang sesuai supaya mudah dikesan.

 

8. Menjalankan kursus orientasi KBSR / PKKP bagi sesuatu matapelajaran dan membantu Guru Besar mengelolakan latihan dalaman di peringkat sekolah.

 

9. Mengetahui kaedah P&P yang terkini dan menyampaikannya kepada rakan sejawat.

 

10. Menyampaikan inovasi yang hendak dilaksanakan di dalam kurikulum yang meliputi idea, amalan dan kaedah serta penggunaan teknologi kepada guru-guru.

 

11. Mengikuti perkembangan KBSR bagi menjamin keberkesanan pelaksanaannya.

 

 

 

 JAWATANKUASA PROGRAM PROJEK BAKTI / NILAM

 

Penasihat : Pn. Hjh. Napsiah Binti Tahir

 (Guru Besar)

 Pengerusi : Pn. Hjh. Zaleha Binti Arifin

 (Guru Penolong Kanan 1)

N. Pengerusi: En. Johari Bin Marsan

 (Penyelaras PSS)

Setiausaha : Pn. Hjh. Hapipah Binti Budi

 (Penyelaras Nilam) 

AJK : Pn. Salamiah Binti Amat

 (Guru Penolong Kanan HEM)

 : Pn. Habsah Binti Husin

 (Guru Penolong Kanan Koko)

 : Semua Ketua Panitia

 : Guru-guru Kelas

 

Bidang Tugas :

 

PENGERUSI :

1. Mempengerusikan setiap mesyuarat jawatankuasa Program Bukti.

2. Memahami dasar dan matlamat program.

3. Memberi taklimat kepada guru dan ibubapa.

4. Memastikan pelaksanaan program berjalan lancar melalui penyeliaan, perjumpaan dengan guru, temubual dengan murid dan ibubapa secara informal dan laporan pelaksanaan.

5. Mengenalpasti masalah kelemahan dan kekuatan program dan mengambil tindakan susulan.

6. Menentukan kebersesanan jadual pelaksanaan program.

7. Menentukan bahan bacaan mencukupi dan sesuai.

8. Mengenalpasti guru untuk menghadiri kursus dan seminar yang berkaitan dengan bahan bacaan dan seumpamanya.

9. Melantik ahli panel untuk tentukan pihak yang layak mengesahkan dan menandatangani Buku Rekod Membaca murid yang terdiri daripada guru-guru.

10. Meluluskan peruntukan kewangan dan yang berkaitan.

 

NAIB PENGERUSI :

1. Menjalankan tugas Pengerusi semasa ketiadaannya.

2. Membantu Pengerusi merancang, melaksana, menyelaras, memantau dan menilai program.

3. Membantu Pengerusi untuk menjayakan program.

4. Mengenalpasti masalah, kelemahan, kekuatan program dan mengambil tindakan susulan.

5. Menyelia aktiviti-aktiviti yang menyokong program.

6. Memastikan program dilaksanakan mengikut rancangan.

7. Menyediakan pengurusan kewangan program.

8. Mengesahkan dan menandatangani Buku Rekod Membaca Murid.

 

GPK HEM / GPK KK / PENYELIA PETANG

Menjalankan tugas Pengerusi dan Naib Pengerusi semasa ketiadaan mereka.

 

SETIAUSAHA

1. Menyimpan rekod, minit mesyuarat dan surat-menyurat.

 

2. Menyelaras perjalanan mesyuarat dan hal-hal lain yang berkaitan dengan program.

 

3. Menyediakan laporan berkala dan laporan tahunan bertulis untuk dikemukaan kepada Urusetia Negeri dan salinan kepada Pengerusi.

 

4. Menyediakan pangkalan data dan maklumat-maklumat yang berkaitan dengan program.

 

5. Memasukkan dan mengemaskini data dari semasa ke semasa.

 

6. Membuat analisa program berdasarkan data terkumpul.

 

7. Menjadi Urusetia untuk pemberian anugerah di peringkat sekolah.

 

8. Menganjurkan aktiviti galalakan pembacaan di peringkat sekolah.

 

 

 

 

 

AJK – GURU PERPUSTAKAAN / UNIT BUKU

1. Membantu pihak sekolah membuat pengedaran buku.

 

2. Mengagihkan buku pinjaman secara berkelompok (SR Tahap 1).

 

3. Membantu Setiausaha menganjurkan sebarang aktiviti untuk menyokong program.

 

AJK – KETUA PANITIA

1. Membantu pihak sekolah dalam pemilihan bahan bacaan sesuai untuk pelajar.

 

2. Merancang dan menyelaras aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang boleh menjrus ke arah pembacaan berkualiti.

 

3. Membuat perancangan dan anggaran perbelanjaan program.

 

4. Menyelia pelaksanaan program.

 

 

AJK GURU KELAS

1. Menyediakan sudut bacaan di kelas masing-masing.

 

2. Mendapatkan Buku Rekod Bacaan dari PSS dan mengedar kepada murid-murid.

 

3. Membuat pinjaman buku dari PSS dan mengedar kepaa murid.

 

4. Menyemak dan merekod data bacaan murid.

 

5. Menyimpan dan mengemaskini Buku Rekod Membaca murid.

 

6. Mengesah dan menandatangani Buku Rekod Membaca murid.

 

7. Memastikan program berjalan mengikut perancangan.

 

8. Merancang rekod bacaan buku ke PSS.

 

JAWATANKUASA TEKNOLOGI MAKLUMAT & KOMUNIKASI (ICT)

 

Penasihat : Pn. Hjh. Napsiah Binti Tahir

 (Guru Besar)

Pengerusi : Pn. Hjh. Zaleha Binti Arifin

 (Guru Penolong Kanan 1)

N.Pengerusi: En. Johari Bin Marsan

 (Guru Media)

Setiausaha : En. Zabridin Bin Abd. Karem

AJK : Jawatankuasa Perkembangan Staff

 : Jawatankuasa Pengajaran dan Pembelajaran

 : Jawatankuasa Pengurusan dan Penyelenggaraan

 : Jawatankuasa Pengurusan Stok & Dokumentasi

 : Jawatankuasa Penyenggaraan & Keselamatan

 : Jawatankuasa Keceriaan

 : Jawatankuasa Tugas-tugas Khas

Bidang Tugas :

I) Pengerusi (Guru Besar) :

1. Mengetuai jawatankuasa untuk merancang pelaksanaan program ICT di sekolah.

2. Mengemukakan keperluan sekolah kepada Jabatab Pendidikan Negeri / KPM dan pihak berkenaan untuk mendapatkan peruntukan kewangan, guru, pembangunan dan bekalan.

3. Mempengerusikan semua mesyuarat jawatankuasa pelaksanaan ICT sekolah./

4. Merancang, melaksana dan memantau keseluruhan program ICT sekolah.

5. Menggubal dan membangunkan dasar ICT sekolah agar program ICT dilaksanakan dan mencapai matlamatnya.

6. Menerima laporan dan membuat perbincangan dengan penyelaras ICT untuk memastikan segala urusan berkaitan program ICT berjalan dengan lancar.

7. Mengkaji dan memberik kelulusan untuk kegunaan komputer oleh semua pihak.

8. Memastikan keselamatan kawasaan sekolah.

 

II) Setiausaha :

1. Menguruskan mesyuarat Jawatankuasa ICT.

2. Menguruskan latihan dan kursus dalaman.

3. Menguruskan kewangan Jawatankuasa ICT.

4. Memantau penggunaan web sekolah.

5. Menyelaras pelaksanaan segala perancangan ICT sekolah.

6. Menjadi pegawai perhubungan sekolah.

 

 

7. Menyediakan jadual penggunaan makmal :

  - Jadual pengajaran dan pembelajaran

   - Jadual kelab

   - Jadual guru bertugas

   - Menyediakan dan mengumpul lapran aktiviti ICT sekolah.

 - Mengendalikan hal-hal pentadbiran Jawatankuasa ICT.

 

III) Penolong Setiausaha

 Membantu Setiausaha dalam menjalankan tugas.

IV) Jawatankuasa Perkembangan Staf

1. Merancang dan melaksanakan program perkembangan staf.

2. Mengikuti perkembangan terkini tentang ICT dan menyebarkan maklumat  

 tersebut.

3. Menguruskan pangkalan data sumber manusia dalam ICT.

4. Memastikan setiap guru yang menghadiri kursus yang berkaitan dengan ICT.

5. Menyediakan kertas kerja dan laporan aktiviti.

 

V) Jawatankuasa Pengajaran dan Pembelajaran

1. Menggerakkan pemikiran untuk meningkatkan kebnerkesanan pengajaran dan pembelajaran melalui penggunaan ICT.

2. Mengatur penggunaan bahan sumber pengajaran dan pembelajaran oleh guru.

3. Memantau penggunaan bahan sumber dan aplikasi ICT dalam pengajaran dan pembelajaran.

4. menambahkan koleksi bahan sumber pengajaran dan pembelajaran.

5. Menilai kesesuaian bahan sumber pengajaran dan pembelajaran ICT.

6. Mengurus penghasilan bahan sumber pengajaran dan pembelajaran yang muda dengan menggunakan kemahiran ICT seperti pembentangan secara Power Point.

7. Mengatur program membudayakan penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran.

8. Menyediakan kertas kerja dan laporan bagi aktiviti yang dijalankan.

 

VI) Jawatankuasa Pengurusan dan Penyenggaraan

 Jawatankuasa ini terdiri daripada tiga Jawatankuasa Kecil, iaitu :-

 a. Jawatankuasa Pengurusan Stok dan Dokumentasi

 b. Jawatankuasa Keceriaan

 c. Jawatankuasa Penyenggaraan dan Keselamatan

 d. Jawatankuasa Tugas-tugas Khas Program ICT

 

 

 

 Tugas jawatankuasa kecil ini adalah seperti berikut :

 a. Jawatankuasa Pengurusan Stok dan Dokumentasi

i) Menguruskan stok, inventori dan harta modal.

ii) Menguruskan bahan dokumentsi seperti surat pekeliling, manual dan lesen perisian.

iii) Memproses bahan-bahan sokongan pengajaran dan pembelajaran dan bahan sumber seperti perisian kursus.

iv) Menyedia dan menyimpan rekod penggunaan makmal komputer.

v) Menyediakan kertas kerja dan laporan bagi aktiviti yang dijalankan.

 

 b. Jawatankuasa Keceriaan

i) Menubuhkan pasukan kerja kebersihan dan keceriaan makmal.

ii) Menyediakan jadual tugas kebersihan makmal.

iii) Mengumpul dan mempamerkan bahan-bahan yang sesuai untuk  meningkatkan keceriaan makmal komputer.

iv) Menyediakan kertas kerja dan laporan bagi aktiviti yang 

 dijalankan.

 

 c. Jawatankuasa Penyenggaraan dan Keselamatan

i) Menyediakan peraturan makmal, panduan penggunaan peralatan dan perisian serta mempamerkannya di tempat yang strategik.

ii) Menyediakan prosedur kerja untuk memastikan semua pengguna makmal memahami dan mematuhi langkah-langkah keselamatan dan peraturan makmal.

iii) Menyediakan jadual pemeriksaan dan penyenggaraan perkakasan berkala dan memantau pelaksanaannya. (Contoh penyenggaraan : Servis penghawa dingin, mencuci pemacu, mengemaskini cakera keras dan mengimbas disk).

iv) Menyediakan kertas kerja dan laporan bagi aktiviti yang dijalankan.

 d. Jawatankuasa Tugas-tugas Khas Program ICT

i) Merancang aktiviti-aktiviti pembudayaan ICT dalam bentuk program-program khas yang melibatkan seluruh warga sekolah dan komuniti seperti PIBG dan agensi luar.

ii) Mendapatkan penaja bagi meningkatkan infrastruktur dan pelaksanaan program ICT sekolah.

iii) Menguruskan aktiviti-aktiviti ICT yang diterima dari semasa ke semasa.

v) Menyediakan kertas kerja dan laporan bagi aktiviti yang 

 dijalankan.

  Who links to my website?





Zoom A - Program Pembelajaran Secara Interaktif Melalui Internet Yang Tercanggih Di Malaysia

Pelawat: