![]() |
![]() |
![]() |
![]() SEKOLAH KEBANGSAAN MELAYU RAYA 85000 SEGAMAT, JOHOR, MALAYSIA Tel/Fax: 07-9435198 e-mel : skmelayuraya@zoom-a.com
|
![]() |
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
PRA KATA Guru mempunyai tugas dan tanggungjawab yang sangat
mencabar. Sesunggunya, tugas guru bukan sahaja di dalam bilik darjah malah
merangkumi semua aspek pendidikan rohani
dan jasmani kepada pelajarnya. Warga pendidikan perlu menangani isu ini dengan
hati yang terbuka dan tabah agar segala rintang dapat diatasi dengan mudah. Perkara penting yang perlu
dilakukan oleh warga pendidik ialah dengan mempertingkatkan diri dalam
penguasaan ilmu dan pelbagai kemahiran. Pencarian ilmu baru di kalangan guru
mesti diteruskan tanpa henti. Guru perlu bersifat aktif, inovatif, kreatif dan
berketerampilan dalam memartabatkan profesion keguruan. Warga guru perlu
sentiasa memperoleh sumber ilmu baru kerana ia bertanggungjawab menyebarkan semula kepada pelajar dan orang ramai. Allah
sentiasa meninggikan darjat orang berilmu. Masyaraka juga beranggapan bahawa
guru mempunyai kemampuan dan kebolehan dalam pelbagai bidang. Saya mengambil
kesempatan di sini untuk mengucapkan “Selamat
Bertugas di Tahun 2009,.kepada semua guru-guru dan kakitangan SK Melayu
Raya, mudah-mudahan pada tahun ini kita dapat memperbaharui dan meningkatkan
azam kita untuk terus mendidik dan melaksanakan kerja-kerja yang diamanahkan
dengan penuh rasa tanggungjawab. Sesuai
dengan pesanan Nabi Muhammad saw iaitu “Jadikanlah kerja hari ini lebih baik
dari semalam dan hari esok lebih baik dari hari ini”. Marilah kita
bersama-sama merenung kembali dan membuat penilaian terhadap prestasi dan
pencapaian kita sebelum ini. Kita merupakan pelaksana dasar-dasar kerajaan.
Kita peru membuat refleksi bagi menilai amalan dan pencapaian kita setakat ini.
Amalan yang baik kita teruskan dan mantapkan lagi, sebaliknya amalan kurang
berkesan dan gagal mencapai impaknya perlu dikaji semula dan diubah kepada
kaedah atau pendekatan yang lebih baik. Akhir kata,
jadikanlah setiap apa yang kita lakukan sebagai satu amal ibadat yang mendapat
ganjaran pahala di sisi Allah swt. Amalan yang sedemikian sudah tentu memerlukan keikhlasan dan tidak
mengharapkan pujian serta sanjungan manusia. Hakikat ini sekiranya dapat kita hayati dan realisasikan, Insya Allah
sudah tentu akan lahir pendidik atau murabbi yang cemerlang. Pendidik Cemerlang, Generasi
Gemilang. “ TITISAN ILMU
MENGGAMBARKAN CURAHAN ILMU YANG DIBERI OLEH GURU TANPA MENGENAL PENAT LELAH
TERHADAP PELAJAR-PELAJARNYA ” Sekian, terima kasih. HJH.
NAPSIAH BINTI TAHIR
GURU BESAR SK MELAYU
RAYA, SEGAMAT. |
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Zoom A - Program Pembelajaran Secara Interaktif Melalui Internet Yang Tercanggih Di Malaysia
Pelawat: |