skmelayuraya.zoom-a.com


SEKOLAH KEBANGSAAN MELAYU RAYA
85000 SEGAMAT, JOHOR, MALAYSIA
Tel/Fax: 07-9435198
e-mel : skmelayuraya@zoom-a.com
PPDHL Ranking System For Malaysia School's Sites and PortalsRanking Web PendidikanEducation Topsites ListFree Ranking System For Malaysian School's Sites and Portals
kemaskini: 10.5.2009 11:06 PM




skmelayuraya
pengenalan
pautan
banksoalan
info
upsr
panorama
panduan
pelawat
sukan
waktusolat
e-gerakguru
foto
PERMOHONAN PENEMPATAN KANAK-KANAK MASUK KE SEKOLAH RENDAH SESI PERSEKOLAHAN TAHUN 2010 DAN 2011

Adalah dimaklumkan, Kementerian Pelajaran telah menetapkan untuk melaksanakan Pendidikan Wajib Sekolah Rendah mulai 1 Januari 2003. Untuk itu, perlaksanaan prosedur adalah seperti berikut:

  1. Semua permohonan penempatan kanak-kanak masuk ke sekolah rendah hanya boleh dibuat seawal 2 (DUA) tahun sebelum kanak-kanak itu bersekolah.
    • Kanak-kanak yang lahir 2 Januari 2004 hingga 1 Januari 2005 untuk tahun persekolahan 2011
    • Kanak-kanak yang lahir 2 Januari 2003 hingga 1 Januari 2004 yang belum membuat permohonan penempatan untuk tahun persekolahan 2010
  2. Semua urusan permohonan penempatan hendaklah dilaksanakan di peringkat sekolah mulai pada 1 hingga 31 Mac 2009
  3. Jadual permohonan penempatan adalah seperti berikut :
    • Tarikh : 1 hingga 31 Mac 2009
    • Hari : Setiap Hari Bekerja
    • Masa : Waktu Pejabat Sekolah Berkenaan
  4. Permohonan penempatan LEWAT bagi kanak-kanak yang lahir pada 2 Januari 2003 hingga 1 Januari 2004 untuk memasuki Tahun 1 dalam tahun 2010 boleh terus dilaksanakan di peringkat sekolah atau JPN/PPD
  5. Dokumen yang perlu dibawa oleh ibu bapa/penjaga ketika membuat permohonan penempatan adalah seperti berikut :
    • Sijil Lahir Kanak-kanak Berkenaan (Salinan asal dan salinan fotostat)
    • Bukti alamat tempat tinggal (Bil Elektrik/ Bil Air/ Dokumen yang berkenaan)
  6. Semakan perlu dilakukan kepada Sijil Lahir kanak-kanak berkenaan untuk memastikan kanak-kanak tersebut adalah WARGANEGARA MALAYSIA
  7. Permohonan melibatkan sekolah lelaki dan sekolah perempuan perlu diteliti dengan jantina kanak-kanak yang terbabit.  Walau bagaimana pun, kes ini tidak membabitkan permohonan penempatan bagi sekolah-sekolah bercampur.
  8. Ibu bapa/ penjaga perlu memastikan, cop skolah hendaklah diturunkan di belakang Sijil Lahir dan ditulis tarikh permohonan serta bilangan permohonan. Sekiranya terdapat cop sekolah lain yang belum dibatalkan, ibu bapa/ penjaga dinasihatkan supaya memohon pembatalan permohonan sebelum permohonan baru dibuat.
  9. Bagi permohonan penempatan bagi kanak-kanak cacat penglihatan/ cacat pendengaran/ terencat akal rengan (bermasalah pembelajaran), dikehendaki menjalani pemeriksaan doktor sebelum mendaftar. Borang pemeriksaan doktor boleh didapati di Sektor Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas JPN Johor.
  10. Bagi kanak-kanak bukan warganegara (bagi sesi persekolahan 2010) :
    • Permohonan dikehendaki dibuat di Jabatan Pelajaran Johor selepas 1 Oktober 2009. Setiap borang permohonan hendaklah diisi dalam 4 salinan (Borang Permohonan Penerimaan Masuk Murid Bukan Warganegara ke Sekolah Kerajaan/ Sekolah Bantuan Kerajaan). Dokumen yang perlu disertakan adalah :
      • 2 salinan Sijil Lahir Kanak-kanak
      • 2 salinan Kad Pengenalan Ibu Bapa
      • 2 salinan Paspot Anak dan Ibu Bapa
      • Jika ibu bapa bekerja di Malaysia, sertakan :
        • 2 salinan Pas Pengajian yang sah
        • 2 salinan Pas Tanggungan (Anak/ Ibu)
        • 2 salinan Surat Majikan
      • Jika permohonan bukan dari ibu bapa murid, sila sertakan :
        • 2 salinan Sijil Lahir
        • 2 salinan Kad Pengenalan Murid dan Ibu Bapa
        • 2 salinan Paspot Murid dan Ibu Bapa
        • 2 salinan surat keterangan hubungannya dengan murid ( Contoh Surat Daftar Anak Angkat)
      • Semua Salinan dokumen hendaklah disahkan oleh Guru Besar. Sila hubungi Unit Sekolah Rendah, Sektor Pengurusan Sekolah Jabatan Pelajaran Johor untuk mendapatkan borang dan maklumat lanjut mengenai perkara di atas.
  11. Walau apapun, ibu bapa/ penjaga perlu maklum bahawa permohonan penempatan yang telah dibuat tidak menjamin kanak-kanak berkenaan akan ditempatkan di sekolah yang dimohon.
  Who links to my website?





Zoom A - Program Pembelajaran Secara Interaktif Melalui Internet Yang Tercanggih Di Malaysia

Pelawat: